Sunday, April 29, 2012

Pergi


Jika apa yang awak mahu itu cuma untuk dia berlalu pergi dari hidup awak,
sila khabarkan.
Jika bukan dia yang awak mahu sabar menunggu,
sila berterus terang.

Jika tiada harapan yang mampu awak beri untuk dia
sila sila dan tolong, jujur dalam berkata.
Sekurang kurang nya nanti dia tidak terlalu kecewa.
Saat awak tidak lagi ada.

Tidak lagi menceriakan, tidak lagi memberi harapan.
Tidak lagi ada.

Ya, saat awak tidak lagi ada.
Saat awak berlalu bersama yang lain.
Yang lebih membahagiakan.

Reality bites.
Betul. 
Saat hanya kebenaran yg terbentang di halwa telinga.
Pedih, sakit. 

Adakah seorang dia harus menerima semua?
Saat ketawa dan senyum itu tidak lagi seikhlas dulu.
Saat itu sungguh dia tidak lalu.

Seperti kata Nirwana band
'Sudah Cukup Sudah'
Sudah lah memberi harapan
Cukup lah mempermainkan

Apakah rasanya saat dia tidak lagi berharap?
Ya.
Dia tidak lagi mengharap.

Mungkinkah? Mampukah secebis hati Hawa itu?
Apakah itu yang awak mahu?
Sejujurnya dia tidak mahu ini jadi begini.
Sungguh dan sesungguhnya hati.

Rasa yakin pada awak yg dulunya sekukuh konkrit kini cuma..
Senipis kulit bawang.

What to expect?
Action speaks louder than word.

Tindakan awak tak selari perbuatan awak.

Dia serahkan kepada Allah S.WT.
Seandainya telah tertulis sejak dia dan awak 4 bulan dalam kandungan ibu,
bahawa dia jodoh awak dan awak jodoh dia,
seandainya terciptanya dia, 
daripada tulang rusuk kiri kepunyaan awak,
dia berharap ianya akan berkekalan sehingga ke akhirnya.

Tetapi...

Seandainya awak dan dia bukan, bukan dan bukan,
bukan jodoh satu sama lain dan bukan juga pelengkap hidup sesama sendiri,
dia akan tetap berdoa pada Allah agar awak dan dia tidak saling menyakiti.
Hati, perasaan, emosi, dan segala yang bisa disakiti.

Jauh di sudut sanubari,
dia masih lagi mahu yakin dan mahu terus tetap sabar,
bahawa awak masa depan dia.
Pemimpinnya, Imamnya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
peliharalah hati mereka ya Allah.
Ampuni hamba-Mu yang leka melayan kecewa 
Bukan kecewa kerana tidak menjadi hamba terbaik-Mu
tetapi kecewa sesama insan
kecewanya wanita kepada lelaki.
Sungguh dia belum sempurna.
Astaghfirullahal'azim.


Yang benar, 
dia.

Ini random crap. Bukan untuk ditujukan kepada sesiapa. Hehe. Bila mood serius saya datang, bila emosi mula diganggu gugat anasir dan bisikan syaitan, inilah yang terhasil. Tak mampu lagi berjenaka, tak mampu lagi menghijab kepedihan sendiri. Bila hati diladeni, ini terjadi. 

Sedang bermain di kepala, Pergi oleh Aizat Amdan :) 



Tuesday, April 24, 2012

Dulu Sekarang

sumber gambar
Assalamualaikum dan selamat pagi Selasa!
Heeeee

Apa kalian buat kat rumah harini?
Ohh saya pagi pagi da hantar ibu pegi keje. Then hantar si kembar pulak pegi sekolah.

ni haa si kembar
Kalau tanya best ke tak ada adik bongsu yang kembar, jawapannya YA. Hehee. Diorang dah la laki sorang pempuan sorang. Kakngah sayang Putra dgn Putri tahu?

:)

Jap lagi kena bawak adik bujang yang form 5 tu pegi hospital. Ada appointment.
Haritu dia accident. Haihhh.. Macam macam la budak zaman skang nih --'''

Yup, budak zaman skang memang lain dengan budak zaman saya.

Dulu kita kecik kecik main guli, gasing, baling selipar
.
.
.
Tapi diorang skang main Playstation, Xbox la Nintendo Wii laa. Tak pun umur baru 13-14 tapi da lincah BBM, Twitter dgn kawan kawan. Pastu begadoh murahan dekat FB. Pasal bf/gf. =.='''

Tadi terbaca satu blog ni. Guess what tuan blog tu baru darjah 6. Biar Betul?
Terkejut lagi tergamam.

Haha zaman saya darjah 6 dulu still main kawin kawin kot.

Oke tu tipu. Mihihii. At least tak se advance budak zaman skarang la.

Diorang ni bagi saya, matang sebelum usia.
Benda benda yg patutnya buat masa adults nanti, diorang dah buat dah zaman muda remaja ni.

Tak fun laa dik macam tu. Patutnya kita kena buat aktiviti yang sesuai dengan usia kita ye dakk?

Tapi dah kalau persekitaran yang influence, memang diorang ni akan matured awal. Tak bole jugak nak salahkan diorang atau parents. Biarlaa. Asalkan pandai jaga diri tak langgar hukum hakam Allah sudah ye dikk ;)

"But here's my point to the LA Times. If you had a serious story to run, if you thought there was serious misconduct, you don't wait until the Thursday before the Tuesday. You run it early." - Susan Estrich