Wednesday, July 31, 2013

bukan wonder woman

perempuan itu tampak kuat tampak gagah
menghadap fasa hati-patah
tidak mahu emosi kalah dengan mudah
jadi dia 'move on' dengan gagah

tekankan perkataan 'tampak' itu

ulang semula...
perlahan-lahan baca...

banyak--
yang engkau dan mereka tidak nampak
tidak tidak--
dia bukan seperti yang kau hari-hari nampak
hati dia lelah dihenyak
jiwa dia sudah berpurnama bengkak
kalau nak disuruh tabik salute, dia memang layak
menang anugerah pelakon terbaik pun rasanya tiada yang menyangkak 

kuat, sikit pun tiada
gagah, langsung bukan dia

heh

*senyum sinis*

kalau nak suruh bercinta--
rasa fobia dalam hati dah beraja
pergi lah ke mana-mana
lepak lah dengan siapa-siapa
dia sentiasa rasa ada yang tak mengena

jadi--

kalau kau hebat
tolong bawa dia keluar dari segala jerat
ringankan hati dia yang dihambat berat
jadilah kekasih dan sahabat
sampai akhir hayat

dunia akhirat

Sunday, July 28, 2013

Monday, July 22, 2013

ulat buku

gadis itu--

gadis pasif yang kadang mencuba
belajar erti ramah konversasi.
erti sapaan mesra buat yang baru dikenali.

namun sedalam-dalamnya, dia tetap gadis itu.

gadis pasif, naif, bersama sebuah naskhah di tangan setiap hari.
tunduk khusyuk tatap bait kata, tenggelam dalam dunia sendiri, 
setiap hari.

Sunday, July 21, 2013

nanti

ada apa dengan 'nanti'?

nanti kita jumpa
nanti kita makan sama-sama
nanti kita ke pulau bercuti bercengkerama
nanti kita lukis nama kita dua dekat awan sana

'nanti' tu tak pasti

aku mahu masa kini
dengan kau dekat sebelah kiri
aku mahu masa kini
tanpa sikit rasa tidak pasti

Saturday, July 20, 2013

jangan macam bagus

lelaki,
hak apa yang kau ada?
sehingga mampu letakkan dia,
sebagai satu lagi pilihan.

lelaki,
kau ingat kau siapa?
sehingga boleh merambang mata,
dengan semua kenalan perempuan.

lelaki, 
cuba lah--

jadi lelaki.


Monday, July 15, 2013

kemalangan hati

selama ni drive dia,
okay okay saja
ingatkan ngam
tapi makin lama makin jahanam

*rosak*

terfikir nak yang baru
dah jumpa yang baru
ragu-ragu
betul ke nanti tak payah cari baru?

takpe
teruskan pakai yang lama je
satu hari, tiba-tiba
accident der.

sakit
perit
remuk
kemek
ah semua lah.

nekad
kena kuat
jangan patah semangat
memang berat

tapi kena lepaskan.

Sunday, July 14, 2013

post-breakup

cerita dah habis
lagu dah tak manis

nampak je macam kuat
tapi dia rasa berat

takde jodoh?
bodoh.

kau percaya semua?
gila.

sekarang dia boleh terbang
tak perlu bimbang

terima kasih untuk kau
sebab hilangkan segala galau


Thursday, July 11, 2013

ramadhan ini

jika ramadhan ini
sekali lagi
ditakdirkan sendiri
tak mengapa

barangkali 
sudah lali
bersendiri sewaktu begini
tak mengapa

syawal nanti gembira pasti
mungkin dengan dia di sisi

Monday, July 8, 2013

desperado

apa sebenarnya perasaan saat 
kau dikejar dia?

bila kau mula sedar hati kau juga
sedang suka

ketika itu dia main tarik tali pula
ah bencinya!

lalu siapa yang mengejar siapa?
yang kelihatan lebih desperate itu kau atau dia?

kau.


galau konon

"sepi hatiku galau jiwaku saat kau katakan putus dengan aku"

yang perempuan tu galau berbulan layan karenah kau, 
perangai kau,
emosi kau,
kau taktahu?


Sunday, July 7, 2013

kau

sebenarnya kau tak pernah tahu--


kau la sumber ilham aku.


ngam-ngam

hebat susun aksara
tidak dalam bercinta
selalu jumpa masalah sama
takdir agaknya

ramai yang sayang
tapi dia tak pandang
solo lagi senang
tak perlu drama bengang-bengang

mungkin satu hari
dia jumpa juga lelaki
yang ngam-ngam dengan hati
tunggu jelah nanti


Friday, July 5, 2013

silent killer

dengan
perlahan-lahan
senyap-senyap
sembunyi-sembunyi
tiap cebisan roh kau
menyelusuri salur darah diri.

dan 
dengan perlahan-lahan
senyap-senyap
sembunyi-sembunyi
aku setiap hari mati--


kerna tidak dapat memiliki.


Thursday, July 4, 2013

lepak mamak

kau, 
aku,
bersebelahan.

sekeliling meja itu,
semua rakan-rakan.

penuh gelak tawa,
penuh rasa gembira.

di luar sedar,
tangan aku letakkan
di atas pehamu, perlahan.

kau gapai, jemari kau kaitkan, 
kau belai, kau genggam kemas

jangan lepas.
tolong jangan lepas.

walau tiada yang tahu
jemari kita sedang erat bersatu
di bawah meja kedai mamak itu.


bulan cantik

bulan sedang cantik malam ini
kamu sedang amat aku rindui

bulan sedang cantik malam ini
mahu aku lena dibahumu sekali lagi

bulan cantik malam ini,
bisakah temujanji pertama, kita ulangi?

ingin
sekali
aku
ulangi.