Sunday, August 18, 2013

-an, -an, -an

teruskan berlagak tuhan
teruskan mengadili dan jatuhkan hukuman
dunia ini memang berputar pada paksi kau, bukan?
dia dah kebal, kawan
dah lali dicemuh dibahan

tu gajet bersusun tu, 
bapa kau belikan?
nak baju berjenama tu, 
cuma swipe card kat kaunter depan?
heh

bukan nak sembang kemas sangat la kan
tapi dia perah-perah keringat nak cari makan
itu pun ada hati mahu panggil dia picisan
aku punya muak ni, tertahan-tahan

tak terlintas nak mempersoal takdir atau ketentuan
tapi cubalah kau jalani dia punya kehidupan
aku nak tengok selama mana kau mampu tahan
nanti kau tergolek tersungkur, teringin aku nak gelakkan



notakaki: untuk semua anak yatim dalam dunia ni, yang champion itu kalian.


No comments:

Post a Comment