perempuan biasa yang selalu risaukan
kenaikan berat badan
mekap comot momot di muka
baju yang katanya outdated
juga tentang gosip semasa
tetap saja
yang paling dirisaukan ialah engkau
yang menghilang tiba-tiba
tentang fikiran-fikiran negatif seperti--
"curangkah dia?" atau
"sedang bersama siapa?"
dia kawan aku dan dia ini--
cuma perempuan biasa.
jadi kau jangan seksa dia.
No comments:
Post a Comment